Peperangan Perang Kose Dag

Di bawah pimpinan Bayju, tentera Mongol menyerang Erzurum, sebuah kota di dalam jajahan kerajaan Islam Saljuk. Sultan Kaykhusraw II menghantar utusan ke empayar Trebizond yang mana empayar itu bersebelahan dengan empayar kerajaan Saljuk. Namun ketika penghantaran tentera bantuan oleh empayar Trebizond ke wilayah Erzurum, tentera bantuan tadi berpecah kepada dua kumpulan iaitu satu kumpulan berpihak kepada tentera Mongol dan satu lagi berpihak kepada kerajaan Saljuk.

Pertempuran ini berlaku pada musim sejuk dan akhirnya kota Erzurum berjaya ditawan oleh tentera Mongol pimpinan Bayju.